Pages

Friday, September 11, 2009

Keistimewaan Ramadhan

1. Disyariatkan Ibadah Puasa
Bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." -Riwayat Imam Ahmad.
2. Bulan Diturunkan Al-Quran
Al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran Menjadi petunjuk dlm kehidupan.Firman ALLAH S.W.T:
"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.
3. Pintu Syurga Terbuka Luas
Pada bulan Ramadan dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari
4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas
ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-NYA yang tekun beribadah dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim
5. Pintu Langit Terbuka Luas
ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-NYA & segala amalan ketaatan akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari.
6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat
Pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya pada bulan ini.Ia menunjukkan bhw pada bulan ini hamba ALLAH terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari.

No comments:

Post a Comment